suria

Van Gaal Akui Ketidaktentuan Masa Depan De Gea Akan Beri Masalah

> Pengurus itu juga akui tidak tahu di mana Angel Di Maria berada sekarang

> Isu masa depan penjaga gol mereka akan jejaskan persiapan musim baru

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal mengakui yang ketidaktentuan masa depan penjaga gol mereka David De Gea telah mencetuskan masalah baru kepada pasukan itu dalam persiapan menjelang perlawanan pembukaan musim menentang Tottenham Hotspurs pada 8 Ogos nanti.

Saga itu terbukti menjejaskan konsentrasi De Gea sebagaimana yang dapat disaksikan dalam perlawanan mereka menentang juara Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan jelajah pra-musim di Amerika awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan itu, United tumpas 0-2 yang menyaksikan penjaga gol Sepanyol yang berusia 24 tahun itu melepaskan gol yang mudah. Dia ditukarkan pada separuh masa kedua.

De Gea diburu oleh Real Madrid tetapi masalah utama perpindahan tersebut adalah kerana United mahukan Sergio Ramos sebagai pertukaran tetapi Real tidak bersedia untuk berpisah dengan kapten mereka itu.

Jadi proses perpindahan De Gea terbantut sedangkan hati dan jiwanya adalah untuk kembali bermain di Madrid - bandar kelahirannya.

Bos baru Real, Rafael Benitez telah menegaskan dua hari yang lalu bahawa Ramos, 29, akan menandatangani kontrak baru yang lebih baik dan tidak akan dilepaskan walau apa sekalipun tawaran yang mereka terima.

"Kita berhadapan dengan situasi yang tidak memihak kepada David De Gea, begitu juga dengan situasi di kelab yang hendak disertainya," ujar van Gaal.

Pada masa yang sama Van Gaal juga mengesahkan yang dia tidak mengetahui di manakah Angel Di Maria sekarang.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain