suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pandelela Rinong Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Brazil

PETALING JAYA: Pandelela Rinong tampil sebagai atlet Malaysia pertama yang layak ke sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun depan.

Penerjun berusia 22 tahun dari Sarawak itu menduduki tempat kelapan daripada 18 penerjun dalam acara 10 meter platform separuh akhir wanita untuk layak ke saingan akhir bersama 12 atlet pada Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Russia, pada Rabu.

Ia akan menjadi lebih baik sekiranya Pandelela berjaya dalam terjunan terakhir. Dalam terjunan itu dia hanya mendapat 52.80 mata - antara terendah akibat tergelincir.

Pandelela gagal ke pusingan akhir pada Olimpik 2008 di China tetapi memenangi gangsa pada sukan Olimpik London 2012.

Seorang lagi penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri, 16, gagal melangkah ke Olimpik selepas hanya mampu mendapat 59.20 mata dalam terjunan terkahirnya.

Pendatang baru berusia 14 tahun iaitu China Qian Ren turut mengungguli perlawanan separuh akhir dengan mencatat 423.15 mata di hadapan juara bertahan Si Yajie (395.75).


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain