suria

Ramos Kekal Bersama Real Madrid Sehingga 2020

Sergio Ramos.

SERGIO Ramos bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama Real Madrid sehingga 2020.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan Los Blancos bersetuju dengan kontrak yang akan diumumkan sebelum permulaan kempen La Liga pada 23 Ogos ini.

Ramos akan mengambil alih tugas selaku kapten dari Iker Casillas dibawah jurulatih baharu Rafael Benitez selepas penjaga gol itu menyertai Porto.

Kontrak baharu itu menyebabkan Manchester United terpaksa berputih mata untuk mendapatkan khidmat Ramos.

Benitez kini menyakinkan penyokong Madrid bahawa Ramos tidak akan ke mana-mana selepas pemain itu dikaitkan dengan United.

Madrid didakwa melengah-lengahkan kontrak baharu untuk Ramos selepas pemain itu menyatakan sokongan terbuka terhadap Carlo Ancelotti sebelum beliau dipecat pada hujung kempen musim lalu.

Marca mendakwa Ramos bertemu dengan Presiden Florentino Perez fdan Pengarah José Ángel Sánchez semasa jelajah pra musim ke China dengan kelab itu bersetuju membayar gaji yang diminta beberapa hari lalu.

Ramos didakwa akan menerima kenaikan gaji sekitar 9 juta Euro (RM37.72 juta) setiap musim selepas cukai.

Sergio Ramos, Real Madrid

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain