suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akuatik Dunia: Pandelela-Mun Yee Tempah Tiket Ke Aksi Akhir

Aksi Pandelela dan Mun Yee (kanan) sebelum layak ke final dalam acara 10 meter platform pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Gandingan terjun negara Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee memulakan buruan tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro dengan menampilkan aksi memberangsangkan di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, Isnin.

Di pusingan awal acara 10 meter platform seirama yang dilangsungkan di Aquatic Palace, gandingan ini menduduki tempat ketiga selepas mengumpulkan 311.04 mata.

Berbekal aksi konsisten dalam lima terjunan mereka, Pandelela yang sudah agak lama tidak digandingkan dengan Mun Yee, memastikan mereka mara ke pusingan akhir yang melibatkan 12 pasangan terbaik.

Gandingan negara ini disatukan semula selepas Cheong Jun Hoong terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan di tumitnya akibat terhantuk papan anjal ketika sesi latihan di Guangzhou, China, beberapa hari sebelum pasukan negara berlepas ke Kazan.

Juara bertahan Liu Huixia-Chen Ruolin dari China mengungguli pusingan awal dengan mengumpulkan 330.24 mata, diikuti gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion di tempat kedua dengan 313.26 mata.

Pusingan akhir acara ini dijadualkan berlangsung awal pagi Selasa waktu Malaysia.

Artikel Sebelum

Keputusan Aksi Persahabatan

Artikel Lain