suria

Chelsea Ikat Pemain Muda Serbia Danilo Pantic

BAGI memastikan tidak ketandusan dengan pemain-pemain muda yang berbakat, kelab Chelsea telah mengikat kontrak bintang muda Serbia, Danilo Pantic.

Sebaik sahaja sah menjadi milik kelab tersebut, pemain tengah itu terus dihantar ke kelab Belanda, Vitesse Arnhem sebagai pemain pinjaman.

Kedua-dua kelab ini mempunyai perjanjian bersama sehingga tamat musim baharu nanti.

"Saya gembira menjadi pemain Chelsea yang merupakan juara Liga Perdana Inggeris dan berharap mampu menunjukkan bakat di Vitesse pada musim baharu nanti.

"Saya menghargai kepercayaan yang diberikan oleh kedua-dua kelab ini," jelas Pantic di laman website Chelsea.

Pantic,18, menyertai skuad remaja Serbia dan turut membantu negaranya hingga ke aksi separuh akhir Kejuaraan Remaja Bawah 19 Tahun Eropah musim lalu.

Danilo Pantic, Chelsea, Serbia

Artikel Sebelum

Artikel Lain