suria

Legenda Bola Sepak Brazil Pele Dimasukkan Ke Hospital

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele dimasukkan ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Brazil akibat sakit di bahagian tulang belakang.

Pembantu peribadi Pele memberitahu Reuters bahawa bekas penyerang itu sudah dimasukkan ke hospital sejak "beberapa hari lalu" dan menjalani proses rawatan.

Menurut saluran berita GloboNews, Pele dijangka keluar dari hospital pada Isnin.

Pele, 74, menjalani pembedahan prostat di hospital sama pada Mei lalu.

Pada Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke hospital selama dua minggu kerana mengalami jangkitan air kencing diikuti dengan pembedahan batu karang.

Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes de Nasciment amat dikenali sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Beliau membantu pasukan Brazil memenangi Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970. 

Pele mencatatkan 77 jaringan dalam 92 perlawanan antarabangsa sepanjang kerjayanya selama 18 tahun.


Artikel Lain