suria

Impian Roma Miliki Stadium Sendiri Bakal Jadi Kenyataan

Lakaran grafik pemandangan stadium baharu kelab Roma yang akan memulakan projeknya pada Disember ini.

IMPIAN Roma untuk memiliki stadium sendiri bakal menjadi kenyataan apabila projek mega bernilai 1 bilion pound (RM5.8 bil) bermula Disember ini.

Kelab gergasi Serie A itu kini berkongsi stadium dengan 'musuh tradisi' Lazio di Stadio Olimpico.

Mereka dijangka akan berpindah ke stadium baharu yang mempunyai 52,500 tempat duduk pada 2017/18.

Pemilik kelahiran Amerika, James Pallotta mahu menjadikan Roma sebuah kelab terkemuka dunia.

Kini mereka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Itali sebelum memulakan projek  yang mengambil masa lebih kurang dua tahun.

Kawasan seluas 300 ekar ini bakal menyediakan pusat latihan skuad Roma, tiga bangunan pejabat, pusat komersial dan juga pusat hiburan.

"Jika pihak kerajaan meluluskan esok, kami akan mencari sumber kewangan esok. Kami sedar proses kelulusan mengambil masa enam bulan," jelas Pallota.

Pallota berkata, pihaknya membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat pelaburan dalam projek ini.

"Kami ada beberapa senarai pelabur dan saya positif dengan mereka. Namun kami yakin tidak mempunyai sebarang isu kewangan dengan projek stadium ini," ujarnya pada Isnin.

Roma, Stadium baharu

Artikel Lain