suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usah Perbesar Isu Pakaian Farah Ann - Mas Ermieyati

MELAKA: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta semua pihak supaya tidak memperbesarkan isu pakaian gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi dalam acara gimnastik padaSukan SEA ke-28 di Singapura baru-baru ini.

"Kita tidak boleh berkompromi apabila melibatkan hukum Islam tetapi pada masa sama tidak adil untuk menghukum Farah Ann kerana pakaian yang digunakan dalam acara itu," katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Beliau berkata mungkin sudah masanya isu pakaian bagi gimnas dibincangkan bersama pelbagai pihak berkepentingan agar ia lebih sesuai dengan wanita Islam. 

Mas Ermieyati berkata isu tersebut seharusnya ditangani dengan baik agar tidak menjatuhkan maruah seseorang kerana Farah Ann beraksi dalam acara tersebut demi negara dan menyumbangkan pingat emas dalam acara gimnastik. 

Kritikan ke atas gimnas itu bermula apabila sebuah stesen televisyen swastamemuat naik gambar yang dikatakan menjolok mata atau kurang sopan, selepas beliau memenangi pingat emas tersebut.

Artikel Lain