Hotel Football hanya terletak 200 ela dari Old Trafford sekaligus menimbulkan kecemburuan kepada United yang terlepas peluang memiliki hotel sendiri.
Sebelum ini, Red Devils menolak cadangan menubuhkan hotel tersebut kerana dikatakan boleh menghalang pemandangan stadium, namun sebaliknya berlaku malah menjadikan suasana di Old Trafford lebih meriah.
Selain Neville dan Giggs, Hotel Football ini turut dikongsi milik bersama Phil Neville, Paul Scholes dan Nicky Butt.
Idea bernilai ini ditimbulkan oleh bekas kapten United, Neville sebelum turut dikongsi oleh beberapa lagi rakan sepasukannya 'Class of '92'.
Ketua Eksekutif United Ed Woodward dan Pengarah Urusan, Richard Arnold meluahkan keinginan mereka untuk membeli hotel ini yang dianggap mampu memberi pulangan yang lumayan.
Namun sebaliknya, pemilik hotel ini hanya tersenyum malah mendedahkan ada perancangan untuk membuka cawangan kedua.


