suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Maghribi Tuan Rumah Piala Dunia 2010 Bukan Afrika Selatan

PENGUNDIAN bagi menentukan lokasi saingan akhir Piala Dunia 2010 sebenarnya telah dimenangi oleh Maghribi dan bukan Afrika Selatan, lapor Sunday Times.

Eksekutif Fifa, Ismail Bhamjee mendedahkan, pengundian rahsia yang dilakukan ahli jawatankuasa Fifa telah dimenangi oleh Maghribi dan bukan Afrika Selatan, tetapi ia dirahsiakan.

"Selepas berbincang dengan semua orang yang hadir pengundian, kami semua tahu Maghribi telah memenangi pengundian sebanyak dua kali.

"Tolonglah, ini rahsia yang sangat besar," katanya.

Afrika Selatan bagaimanapun menafikan pendedahan tersebut walaupun Bhamjee mengakui ahli jawatankuasa mengetahui mereka telah berbohong.

Ketua Zon Amerika Utara dan Amerika Tengah (Concacaf) Jack Warner didakwa telah menerima AS$1 juta dari Maghribi untuk menyokong negara berkenaan namun bertindak memilih Afrika Selatan apabila dirasuah sebanyak AS$10 juta.



Afrika Selatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain