suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA: Vietnam Dan Myanmar Iringi Thailand Ke Separuh Akhir Bola Sepak

SINGAPURA: Vietnam dan Thailand daripada Kumpulan B manakala Myanmar daripada Kumpulan A  melangkah ke separuh akhir acara bola sepak pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Vietnam yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan membelasah Timor Leste 4-0 dalam perlawanan awal keempat Kumpulan B di Stadium

Bishan malam Ahad melalui jaringan Tran Phi Son pada minit ke-12, Mac Hong Quan (minit ke-50), Que Ngoc Hai (minit ke-57) dan Vo Huy Toan, empat minit kemudian.

Myanmar juga menang selesa selepas menumpaskan Filipina 5-1 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Jalan Besar.

Kesemua gol Myanmar dijaringkan oleh Nay Lin Tun pada minit ke-21, Shine Thura (minit ke-46), Ye Win Aung (minit ke-62), Sithu Aung (minit ke-69) dan

Kyaw Zin Lwin dalam masa kecederaan sementara gol tunggal Filipina dijaringkan oleh Felongco pada minit ke-17.

Thailand selaku juara bertahan, menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir suka dwitahunan itu setelah mengaibkan Brunei 5-0 di Stadium Bishan Ahad.

Sukan SEA

Artikel Lain