suria

Van Persie Dedah Rahsia Pembelian Pemain Oleh Man United

ROBIN van Persie mendedahkan Manchester United akan menghabiskan sebanyak £200 juta untuk membeli pemain baru dalam usaha mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Penyerang Belanda yang dikatakan akan berhijrah ke Juventus pada musim depan mendakwa Louis Van Gaal telah diberikan dana tersebut untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Van Gaal telah dijanjikan dana sebanyak ratusan juta pound sejak mengambil alih tugas pengendali United daripada David Moyes musim lalu.

Sehingga kini bekas jurulatih Belanda berkenaan telah membelanjakan hampir £100 juta dengan mendapatkan Angel Di Maria, Marcos Rojo, Ander Herrera, Daley Blind, Luke Shaw dan Radamel Falcao.

Usaha awal Van Gaal dengan beberapa pemain baru yang gagal menyerlah itu bagaimanapun berjaya membawa United ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris sekaligus layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Van Persie ketika membuat pendedahan tersebut bagaimanapun enggan memberitahu lebih terperinci mengenai pemindahan pemain yang bakal berlaku.

Manchester United

Artikel Lain