suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karim Benzema Mahu Bersara Di Real Madrid

EJEN penyerang Real Madrid, Karim Benzema menafikan bahawa pemain itu akan berhijrah ke Manchester United pada Julai.

Laporan media Eropah pada minggu lalu mendakwa Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward telah menemui ejen Benzema, Karim Djaziri untuk membincangkan mengenai pemindahan pemain berusia 27 tahun itu.

Bagaimanapun, Djaziri menafikan mengenai pertemuan tersebut dan memberitahu Benzema ingin bersara di Real Madrid.

"Saya tidak menemui mana-mana kelab di London, tidak dengan United dan dengan kelab-kelab lain. Kami tidak mengadakan sebarang perbincangan selain dengan Real Madrid.

"Apa yang akan Karim lakukan di Manchester United? Dia gembira di Madrid. Dia tidak mahu meninggalkan Madrid," katanya.

Spekulasi mengenai pemindahan Benzema hadir selepas jurulatih baru Real Madrid, Rafael Benitez mahu menjadikan Christiano Ronaldo sebagai penyerang utama.

Ia kemudian dikaitkan pula dengan dakwaan pertukaran David De gea yang akan meninggalkan Old Trafford.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Lain