suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA: Emas Ketiga Negara Menerusi Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei

SINGAPURA: Malaysia menambah pingat emas ketiga buat kontinjen negara di Sukan SEA 2015 daripada pasangan Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik OCBC, pada Sabtu. 


Tze Liang dan Yi Wei mengumpul mata keseluruhan 404.37, manakala pasangan Indonesia, Andriyan- Putra Adityo Restu memenangi perak.

Pingat gangsa menjadi milik penerjun Thailand, Siriboon Theerapat - Juntaphadawon Yotsawat dengan mengumpul 316.77 mata. 

Ia merupakan emas ketiga negara di Sukan SEA 2015.

Terdahulu, Malaysia raih pingat emas kedua kontinjen negara melalui Cheong Jun Hoong melalui acara 3m papan anjal wanita di Pusat Akuatik OCBC, pada Sabtu.

Manakala, seorang lagi atlet terjun negara, Wendy Ng memenangi perak, sementara gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Fong Kay Yian.

Jun Hoong meraih emas selepas mengumpul keseluruhan 349.65 mata manakala Wendy 309.20 mata. Kay Yian pula mengumpul 258.90 mata.
Sukan SEA 2015

Artikel Lain