suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Serena Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

Serena Williams

PEMAIN pilihan pertama, kejohanan tenis Terbuka Perancis, Serena Williams berjaya menundukkan Sara Errani 6-1 6-3 dalam tempoh 65 minit untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Pemain berusia 33 tahun itu sekali lagi membuktikan usia bukan lagi menjadi satu halangan utama untuk berjaya dalam dunia sukan moden hari ini.

Jika berjaya menjuarai kejohanan ini, ia adalah gelaran Grand Slam yang ke-20 buat Serena.

Dia kini akan berdepan pemain Switzerland, Timea Bacsinszky yang berjaya menundukkan Alison van Uytvanck dari Belgium 6-4 7-5.

Serena Williams, adalah juara Terbuka Perancis pada 2002 dan 2013.

Bagi Bacsinszky, 25, ini adalah separuh akhirnya yang pertama dalam mana-mana siri Grand Slam.

Artikel Lain