suria

Sepp Blatter Dipersenda Sebagai Caitlyn Jenner

PEMINAT bola sepak mempersendakan Sepp Blatter di Twitter dengan paparan imej seolah-olah beliau sebagai Caitlyn Jenner selepas perletakan jawatannya sebagai presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Blatter membuat kejutan apabila meletakkan jawatan itu empat hari selepas beliau dipilih semula bagi penggal kelima.

Portal MailOnline melaporkan hanya dalam tempoh beberapa minit berita mengejut itu terbesar, imej Blatter sebagai Caitlyn Jenner dimuat naik di Twitter.

Paparan imej Blatter menggunakan teknik grafik 'super-impose' membabitkan gambar Caitlyn Jenner, nama baharu wanita bagi bekas atlet Olimpik dan bintang realiti TV Bruce Jenner yang didedahkan pada Isnin lalu.

Caitlyn Jenner tampil sebagai penghias kulit majalah Vanity Fair.

Di muka depan majalah itu sebenarnya memaparkan kenyataan "Call me Caitlyn" namun ditukarkan kepada "Call me available" bagi mempersendakan Blatter.

Dilaporkan, Blatter tidak dapat lagi mempertahankan kedudukannya apabila pimpinan tertinggi Fifa terlibat dalam skandal rasuah yang memalukan dunia.

Pengumuman perletakan jawatan Blatter dibuat dalam satu sidang media apabila dia menerima tekanan dari seluruh dunia mengenai skandal rasuah berkenaan.

Selain gurauan mirip Caitlyn Jenner, Blatter dipersendakan dengan pelbagai cara menerusi kenyataan, gambar dan video. 

Caitlyn Jenner, Sepp Blatter

Artikel Lain