suria

Sepp Blatter Mungkin Terus Kekal Terajui Fifa Hingga Tahun Depan

Sepp Blatter...presiden Fifa.

> Presiden Fifa itu berhasrat kekal dalam jawatan hingga Februari tahun depan

> Beliau muncul di pejabatnya di Zurich seperti biasa pada Rabu

> Jadual dalam diarinya penuh dengan pelbagai program

WALAUPUN telah membuat kejutan dengan mengumumkan pengundurannya hanya beberapa hari selepas memenangi kerusi presiden untuk penggal kelima tetapi Sepp Blatter sebenarnya berhasrat untuk terus kekal menerajui badan bolasepak dunia itu sehingga Februari tahun depan.

Ini kerana Jawatankuasa Eksekutif Fifa paling awal dapat mengadakan semula pemilihan jawatan presiden ialah pada Februari 2016.

Oleh yang demikian, walaupun Blatter telah mengumumkan perletakan jawatannya pada Selasa lalu tetapi hakikatnya beliau masih menerajui Fifa sehingga presiden baru dapat dipilih semula.

Pada Rabu, Blatter telah mengadakan pertemuan dengan lebih 400 kakitangannya di Ibu Pejabat Fifa di Zurich untuk memaklumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan presiden dan apa yang perlu mereka lakukan untuk membersihkan nama Fifa yang telah tercemar dengan skandal rasuah dalam menentukan hos Piala Dunia.

Blatter tiba di pejabatnya seawal jam 6.30 pagi dengan jadual program yang penuh dengan mesyuarat dan temujanji.


Sepp Blatter, Fifa, Piala Dunia

Artikel Lain