Schweinsteiger, Schneiderlin Pilihan Utama Man United - Sukan | mStar

Schweinsteiger, Schneiderlin Pilihan Utama Man United

Schweinsteiger (kiri) dan Schneiderlin merupakan pemain tengah pilihan utama Manchester United untuk mengharungi musim depan.

BINTANG Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger merupakan pemain tengah yang menjadi sasaran utama Manchester United pada jendela pemindahan pemain pada Julai ini.

Bagaimanapun United sedia mendapatkan Morgan Schneiderlin dari Southampton jika misi mereka membawa Schweinsteiger gagal.

Seorang tokoh kanan United mendedahkan," ya, kami berminat terhadap Morgan, tetapi tiada perbincangan serius setakat ini."

Difahamkan, pihak atasan United telah menghubungi wakil Schneiderlin untuk memberitahu minat kelab itu sementara bidaan setinggi £20 juta juga akan dilakukan.

Schneiderlin, 25, yang turut menjadi sasaran Arsenal dan Tottenham Hotspurs dikatakan telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia ingin ke United.

Pemain itu dilapor telah ditawarkan lanjutan kontrak dengan gaji sebanyak £60,000 seminggu oleh Southampton, namun mengekalkan hasratnya untuk bertukar kelab pada Julai ini.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M