suria

Adidas Reka But Khas Untuk Messi Cipta Kemenangan

BINTANG Barcelona, Lionel Messi akan memakai but yang direka khas untuknya ketika bertemu Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Berlin pada Sabtu ini.

But yang direka khas oleh Adidas itu dinamakan Messi15 dilapor akan membantu pemain Argentina berkenaan menyumbang kejuaraan treble kepada Barcelona.

Barcelona ketika ini berjaya menjuarai La Liga dengan meninggalkan musuh El Clasico, Real Madrid dua mata.

Pasukan itu kemudian menewaskan Athletic Bilbao untuk menjulang trofi Copa del Rey.

Sepanjang musim ini, Messi telah menjaringkan 58 gol untuk semua kejohanan selain membantu kelabnya mendapatkan mata berharga dalam perlawanan tertentu.

Bintang dunia itu membarisi serangan Barcelona bersama Neymar dan Luis Suarez.


Lionel Messi, Barcelona, Adidas

Artikel Lain