suria

Sukan SEA: Skuad Bola Jaring Malaysia Belasah Filipina 112-11

Pemain negara Yap Suo Kuen (kiri) dan Pow Mei Foong cuba menghalang pemain Filipina Ana Thea Cenarosa (tengah) ketika aksi peringkat kumpulan pada Isnin. Foto: S.S. KANESAN/The Star

SINGAPURA: Skuad bola jaring negara meneruskan kejayaan besar dengan meraih kemenangan luar jangkaan apabila membenam Filipina 112-11 pada perlawanan kedua saingan Sukan SEA Singapura, di sini pada Isnin.

Skuad bimbingan Aminah Saari itu bermula dengan langkah bergaya apabila mendahului Filipina 32-1 pada suku pertama permainan dan menambah 29 mata berbanding dua mata oleh Filipina di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura.

Selepas rehat, pasukan negara menambah 27 mata pada suku ketiga diikuti 24 mata pada suku terakhir.

Skuad Filipina pula sekadar meraih dua dan enam mata pada suku ketiga dan keempat.

Aminah berkata pasukan negara mempamerkan prestasi konsisten dalam dua perlawanan yang berlangsung secara liga iaitu menewaskan Myanmar 84-22 pada perlawanan pembukaan pada Ahad.

"Malaysia beruntung dalam dua perlawanan setakat ini, skuad negara bertemu pasukan kurang berpengalaman. Tetapi esok (Selasa) kita akan berjumpa musuh tradisi,Singapura.

"Perlawanan sebenar akan berlangsung esok...jadi pemain perlu fokus,"katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 2001 di KualaLumpur iaitu penampilan terakhir skuad negara di Sukan SEA.

Artikel Lain