suria

Liverpool Dapatkan James Milner Secara Percuma

LIVERPOOL berharap dapat membawa James Milner ke Anfield menerusi pemindahan percuma pada jendela pemindahan pemain Julai ini selepas tonggak kebangsaan England itu menolak untuk kekal di Manchester City atau dijual kepada Arsenal.

Mendapatkan Milner merupakan agenda besar Liverpool pada minggu ini dalam membentuk semula skuad bagi menghadapi musim depan.

Selain itu, Liverpool juga sedang berbincang untuk mendapatkan Danny Ing secara percuma selepas pemain itu bebas dari kontrak pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Milner merupakan sasaran utama Liverpool dalam usaha membentuk semula pasukan itu selepas mereka kehilangan pemain tengah, Steven Gerrard.

Dengan memilih Liverpool, ia bermakna, Milner telah menolak tawaran kontrak baharu selama empat tahun dengan gaji sebanyak £165,000 seminggu.

Arsenal dan Roma turut menyatakan minat untuk mendapatkan Milner, malangnya pemain itu dikatakan memilih Liverpool walaupun skuad berkenaan gagal ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan. - theguardian.com

Liverpool, James Milner

Artikel Sebelum

Artikel Lain