suria

Lebih 1,000 Peminat Serbu Maradona

Maradona yang dikawal ketat melambai tangan ke arah peminat-peminatnya ketat ketika tiba di NU Sentral pada Sabtu. Foto: IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

KUALA LUMPUR: Lebih seribu pengunjung tidak melepaskan peluang hadir ke pusat membeli-belah NU Sentral untuk menyaksikan secara langsung legenda bola sepak dunia, Diego Maradona.

Bekas penyerang Argentina berusia 54 tahun itu tiba di Malaysia pada Jumaat bagi merasmikan cawangan kedai emas 'Boby & Maradona Gold Diamond Jewellery' yang pertama di Asia Tenggara, manakala ke-37 dunia.

Ketibaan Maradona disambut meriah bukan sahaja daripada peminat-peminat tempatan malah peminat warga asing yang kebetulan sedang bercuti di Kuala Lumpur turut mengambil peluang bergambar serta mendapatkan tanda tangan bekas pemain yang terkenal dengan jaringan 'Hand Of God' ini.




Dalam pada itu, perniagaan tersebut dibangunkan hasil kerjasama Maradona dengan ahli perniagaan emas terkemuka India, Boby Chemmanur yang turut terkenal dengan aktiviti amal di seluruh dunia.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan kehadiran aktres terkenal Bollywood, Karisma Kapoor.

Selain itu, Boby dan Maradona turut menyerahkan replika cek tajaan bernilai RM70,000 kepada Pengurus Besar Star Media Group Henry Asokan bagi tujuan  'Star NiE Programme 2015'. 

Maradona, Boby&Maradona, emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain