suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mun Yee-Jun Hoong Raih Gangsa Pada Kejohanan Terjun Siri Dunia

Mun Yee dan Jun Hoong menunjukkan keserasian apabila memperoleh pingat gangsa di Merida, Mexico.

KUALA LUMPUR: Pasangan terjun wanita negara, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong berjaya meraih pingat gangsa pada siri akhir Kejohanan Terjun Dunia Fina 2015 di Merida, Mexico pada Jumaat.

Pertandingan ini merupakan pusingan keenam dan peringkat akhir dalam siri kejohanan dunia ini.

Laman web rasmi www.fina.org berkata pasangan penerjun Malaysia itu  memenangi pingat selepas mengumpul 312,90 mata dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari pertama kejohanan.

Pasangan China Si Yajie-Lian Jie merangkul pingat emas dengan 333.72 mata manakala pasangan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion meraih perak dengan 328,41 mata.

Pada siri awal tahun ini, pasangan Malaysia itu meraih dua pingat perak di  Beijing, China (13-15 Mac) dan London, England (1-3 Mei) dan gangsa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (19-21 Mac).

Mereka tidak memenangi sebarang pingat di Kazan, Rusia (24-26 April) dan Windsor, Kanada (22-24 Mei).

Setelah bersaing dalam enam siri, Malaysia berada pada kedudukan ketiga dalam acara 10m platform seirama wanita selepas mengumpul 120 mata manakala China dan Kanada masing-masing mengumpul l62 dan 132 mata.-- Bernama

Leong Mun Yee, Merida, gangsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain