suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab Bola Brazil, Fifa Saman Neymar

Neymar Jr

KELAB bola sepak Brazil, Santos menfailkan saman bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terhadap pemain utama Barcelona, Neymar Jr kerana melanggar kontrak perpindahan ke Barcelona sehingga membawa kepada peletakan jawatan presiden Barcelona, Sandro Rosell.

Presiden Santos, Modesto Roma berkata, pasukannya memfailkan saman terhadap Barcelona, Neymar, bapanya serta firma pemasaran Sport e-Marketing.

"Santos percaya bahawa Barcelona, Neymar dan syarikatnya melanggar kontrak pemindahan dan oleh itu, menuntut gantirugi," jelas Roma dalam satu kenyataan.

Tindakan untuk memfailkan saman timbul apabila pihak berkuasa Brazil mula menjalankan penyiasatan mengenai dakwaan berlakunya rasuah sukan bola sepak, selain penahanan pegawai atasan Fifa.

Pihak berkuasa Sepanyol memberitahu, Barcelona dituduh menipu cukai selepas melakukan pembayaran yuran perpindahan Neymar ke kelab itu, yang pada mulanya dimaklumkan cuma 57.1 juta Euro (RM227 juta), sebaliknya mencecah hampir 100 juta Euro (RM399 juta).

Rosell meletak jawatan tahun lalu selepas timbul dakwaan itu. Pengganti Rosell, Josep Maria Bartomeu serta kelabnya akan dibicarakan atas tuduhan melakukan penipuan cukai dengan menandatangani pemindahan Neymar.

Fifa, Santos, Neymar

Artikel Lain