suria

Jazeman Sambar Petak Pertama Formula Renault Di Monaco

Jazeman Jaafar

KUALA LUMPUR: Pelumba negara Jazeman Jaafar menguasai petak pertama kejohanan Formula Renault 3.5 Series di Monaco pada Sabtu.

Ia merupakan penguasaan kali pertama dalam kariernya pada musim ketiga kejohanan dengan catatan terpantas 1 minit 23.425 saat mengalahkan rakan sepasukan dari Fortec Motorsports, Oliver Rowland yang mencatat 1 minit 24.370 saat.

"Saya amat teruja dapat menguasai petak pertama buat pertama kali dengan bergaya. Ia adalah litar yang sukar dengan hadangan yang rapat.

"Esok saya idamkan kejayaan. Bermula di petak pertama adalah baik tetapi saya mempunyai saingan besar dan rakan sepasukan iaitu Oliver.

"Jadi saya terpaksa pastikan permulaan yang baik untuk saya menang," katanya menerusi satu kenyataan.

Kejohanan mendapat pengiktirafan dan berupa perlumbaan sokongan kepada Formula 1 Grand Prix di sini yang sudah tentu Jazeman akan menjadi tumpuan masyarakat F1 dunia.-- Bernama



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain