Bayern Munich Azam Bangkit Musim Depan - Sukan | mStar

Bayern Munich Azam Bangkit Musim Depan

Pep Guardiola menjulang trofi Liga Jerman yang dimenangi Bayern Munich.

BERLIN: Bayern Munich yang dinobatkan juara Liga Jerman tiga kali berturut-turut melaungkan kebangkitan kelab itu pada musim depan.

Pengendalinya, Pep Guardiola menyuarakannya selepas pasukan itu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Mainz bagi mendakap trofi kejuaraan ke-25 Bundesliga pada hari terakhir musim ini.

Skuad gergasi Bavarian itu menamatkan tiga kekalahan sebelum ini di Bundesliga. Jaringan penalti Robert Lewandowski dan ledakan Bastian Schweinsteiger menyaksikan Bayern bangkit selepas sisi kekalahan terhadap Leverkusen, Augsburg dan Freiburg sejak kejuaraan liga disahkan milik mereka pada penghujung April ketika baki empat lagi perlawanan.

Kecederaan dihadapi pertahanan tengah, David Alaba, pemain sayap, Arjen Robben dan Frank Ribery merenjatkan kecemerlangan Guardiola apabila Bayern terkeluar daripada persaingan merebut Piala Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah pada separuh akhir.

Namun, Guardiola berkata, Bavarian akan meningkatkan kekuatan pemainnya pada musim panas ini sekali gus untuk mempertahankan kemahkotaan liga buat kali keempat berturut-turut musim depan.

"Musim depan kami akan bangkit semula dengan lebih kuat dan memenuhi hasrat penyokong, itulah sasaran saya," katanya jurulatih dari Sepanyol itu yang sudah menang lima kejuaraan dalam dua musim bersama Bayern.

"Saya berharap kami mendapat skuad yang paling terbaik. Kini kami mahu menuju ke hadapan," katanya. - AFP

Bayern Munich , Pep Guardiola , Bundesliga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Adib meninggal dunia di IJN