suria

Ferdinand Terharu Sokongan Peminat Selepas Isteri Meninggal Akibat Kanser

TINGGAL KENANGAN... Gambar Ferdinand bersama mendiang isterinya, Ellison.

PEMAIN Queens Park Rangers, Rio Ferdinand menyatakan rasa terharu diatas sokongan yang diterima daripada peminat sejurus selepas kematian isterinya, Rebecca Ellison.

Jelas beliau, Ellison berdepan detik sukar apabila bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya.

Beberapa pemain terkemuka termasuk Sir Alex Ferguson dan bekas rakan pasukannya di Old Trafford, Nemanja Vidic turut hadir pada upacara pengebumian isterinya.

"Ia masa yang sukar dalam hidup saya... menenangkan emosi tiga anak kami dan melihat seorang wanita hebat seperti Rebecca meninggal tanpa dapat berbuat apa-apa," kata Ferdinand kepada The Sun.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas kata-kata semangat yang diterima daripada peminat di bekas kelabnya termasuk West Ham, United dan Liverpool.

Pasangan tersebut berkahwin pada Ogos 2009 di Kepulauan Peter, Caribbean.

Ferdinand menyewa keseluruhan resort seluas 1,800 ekar itu semata-mata untuk majlis perkahwinan mereka.

Mereka dikurniakan tiga orang anak Lorenz, 9, Tate, 6, dan Tia, 4.

Menurut laporan, Ellison meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser payu dara.

Ferdinand, 36, turut menyatakan rasa bersalah kerana tidak dapat beraksi sepenuhnya bersama QPR musim ini.

Penyakit yang dihidapi isterinya hanya diketahui ahli keluarga dan rakan rapatnya.

Artikel Lain