suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Federer Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Perancis

Roger Federer.

ROGER Federer menewaskan Alejandro Falla dengan straight set 6-3 6-3 6-4 untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis, malam Ahad.

Pemain pilihan kedua yang juga juara 2009 itu antara yang membuka langkah awal di gelanggang tanah liat pada hari ini.

Federer nyaris tewas di tangan Falla pada pusingan pertama kejohanan Wimbledon pada 2010.

Pemain Switzerland itu akan bertemu sama ada Marcel Granollers dari Sepanyol atau pemain Jerman, Matthias Bachinger.

Selepas gagal melakukan beberapa pukulan kilas, Federer yang masih belum memenangi kejohanan Grand Slam sejak Wimbledon pada 2012, bangkit menghentikan langkah Falla pada set ketiga untuk meneruskan kemaraan.

Terbuka Perancis, Roger Federer

Artikel Lain