suria

Pelik Jika Rai Kejayaan Layak Ke UCL - Giggs

PENOLONG pengurus Manchester United, Ryan Giggs memberitahu menjadi satu tindakan yang janggal untuk meraikan kejayaan kelab itu yang berjaya meraih tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ryan Giggs merupakan bekas pemain United yang berkhidmat selama 24 tahun dan memenangi 13 kejuaraan liga serta dua kejuaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Louis Van Gaal dilantik sebagai pengurus pasukan menggantikan David Moyes yang melalui musim buruk di Old Trafford dengan sasaran untuk membawa United kembali dalam kejohanan UCL dan ia dilihat sebagai satu kejayaan apabila United berjaya menduduki tempat keempat dalam liga.

Giggs mengakui berpuas hati dengan prestasi United dibawah kendalian pengurus kelahiran Belanda itu secara menyeluruh dan dia serta United mahu mencapai keputusan yang lebih baik lagi pada musim hadapan.

Bekas pemain Wales itu berkata, menjadi satu tindakan yang pelik untuk meraikan kejayaan memperolehi tempat ke UCL.

"Apabila anda sudah berada di kelab ini untuk jangka masa yang lama dan mencapai banyak kejayaan, ia merupakan suatu perasaan yang janggal untuk meraikan kejayaan mendapat tempat di UCL.

"Kami perlu jujur kerana itu merupakan sasaran kami pada permulaan musim dan untuk mendapat tempat ke UCL daripada kedudukan ketujuh musim lalu merupakan satu kejayaan.

"Tetapi tahun hadapan kami mahu bersaing untuk menjadi juara," kata Giggs.


Manhcester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain