suria

Teman Wanita, Keluarga Mahu De Gea Ke Real Madrid

De Gea bersama teman wanitanya, Edurne.

LOUIS Van Gaal dilapor tidak berputus asa untuk memastikan penjaga gol utama Manchester United, David De Gea terus kekal di kelab itu walaupun diburu Real Madrid ketika ini.

Jurulatih kelahiran Belanda itu mengakui berdepan cabaran besar apabila De Gea menerima tekanan daripada keluarga dan teman wanitanya supaya berhijrah ke Bernabeu.

De Gea, 24, yang mempunyai baki kontrak selama setahun telah ditawar kontrak baharu dengan gaji sebanyak £200,000 seminggu.

"Saya percaya De Gea akan kekal di sini. Saya yakin dia akan menyelesaikan perkara yang sukar ini. Dia sangat disayangi oleh penyokong dan dia juga menyayangi suasana di sini.

"Jika dia pergi, dia akan hilang semuanya. Ini keputusan yang sukar diputuskan, kerana dia tidak menentukan keputusan itu.

"Pertama kita perlu lihat dahulu sama ada De Gea meninggalkan Old Trafford atau tidak, selepas itu barulah kita akan fikir tentang perkara lain," jelas Van Gaal.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain