suria

Piala Sudirman: Malaysia Tersingkir Di Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Perjuangan pasukan badminton negara terhenti di pusingan suku akhir selepas tewas 3-1 kepada Korea Selatan pada saingan Piala Sudirman di Dongguan, China, Khamis malam.

Laluan skuad negara menjadi sukar apabila beregu lelaki negara Tan Wee Kiong/Goh V Shem tewas 18-21 dan 16-21 kepada beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dalam perlawanan pertama.

Wee Kiong/V Shem gagal mengulangi kejayaan mereka sebelum ini yang mengalahkan Yong Dae/Yeong Seong pada perlawanan peringkat kumpulan.

Malaysia ketinggalan 2-0 apabila perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi tewas kepada pemain lawan, Sung Ji Hyun dengan straight set 17-21 dan 12-21.

Datuk Lee Chong Wei berada dalam kelasnya tersendiri apabila meraih mata pertama buat pasukan negara selepas menewaskan pencabarnya Son Wan Ho dengan straight set 21-17 dan 21-12.

Peluang Malaysia berakhir apabila gandingan beregu wanita negara Vivian Hoo/Woo Khe Wei gagal menyamakan kedudukan selepas tewas dalam pertembungan sengit kepada pencabar mereka, Chang Ye Na/Jung Kyung Eun 23-21, 16-21 dan 11-21.

Chong Wei berkata walaupun skuad negara gagal mara ke pusingan separuh akhir namun beliau berpuas hati dengan semangat serta komitmen rakan sepasukannya sepanjang perlawanan berlangsung.

"Secara peribadi saya berpuas hati dengan prestasi saya selepas lapan bulan tidak dapat beraksi. Saya berasa deperti bermain di Malaysia, ramai penyokong saya di sini dan membuatkan saya lebih bersemangat.

"Kita lihat V Shem dan Wee Kiong mempamerkan aksi yang baik tadi, mungkin pasukan Korea Selatan lebih fokus dan agresif untuk hari ini," katanya.

V Shem berkata faktor keletihan menyebabkan beliau dan Wee Kiong gagal mengalahkan beregu nombor satu dunia itu.

"Kita sudah beri yang terbaik pada perlawanan hari ini. Kami tahu bukan mudah untuk menewaskan mereka (Yong Dae/Yeon Seong) kerana mereka adalah beregu nombor satu dunia," kata V Shem.

Piala Sudirman

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain