suria

Ranking Nadal Jatuh Di Tangga Ke-7 Dunia

KEDUDUKAN ranking jaguh tenis Sepanyol, Rafael Nadal jatuh tiga anak tangga daripada kedudukan keempat dunia.

Menurut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Persatuan Tenis Profesional (ATP), kedudukan bekas pemain No.1 dunia itu menurun selepas gagal mempertahankan trofi kejuaraan Terbuka Madrid yang dimenanginya sebanyak empat apabila tewas kepada pemain Britain, Andy Murray.

Kekalahan itu menyebabkan Nadal kehilangan 400 mata yang menjadikan rekod terburuk sejak tahun 2005 dan turut menyaksikan perubahan kedudukan pemain-pemain lain.

Milos Raonic dan Tomas Berdych kini berada di kedudukan keempat dan kelima manakala pemain Jepun, Kei Nishikori pula jatuh satu anak tangga di kedudukan keenam.

Kedudukan terbaharu sepuluh pemain dunia

1. Novak Djokovic (Serbia) 13,845 mata;

2. Roger Federer (Switzerland) 8,645;

3. Andy Murray (Scotland) 7,130;

4. Milos Raonic (Kanada) 5,160;

5. Tomas Berdych (Republik Czech) 5,140

6. Kei Nishikori (Jepun) 5,040

7. Rafael Nadal (Sepanyol) 4,990

8. David Ferrer (Sepanyol) 4,310

9. Stan Wawrinka (Switzerland) 3,575

10. Marin Cilic (Croatia) 3,360

rafael nadal, ranking dunia

Artikel Sebelum

Artikel Lain