suria

Keputusan Piala Sudirman 2015 Pada Malam Isnin

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan Piala Sudirman 2015 yang sedang berlangsung di Dongguan, China pada Isnin:

Beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying melengkapkan kemenangan 3-2, selepas mengalahkan pasangan India Sikki Reddy N/Arun Vishnu.

India kembali menyamakan kedudukan 2-2 selepas Jwala Gutta/Ashwini Ponnappa tewaskan beregu wanita Malaysia Vivian Hoo/Woon Khe Wei.

Datuk Lee Chong Wei menambah mata Malaysia 2-1, selepas menewaskan pemain India K. Srikanth.

Perseorangan wanita Tee Jing Yi gagal tambah mata kedua Malaysia selepas tewas kepada pemain India, Saina Nehwal.

Skuad Badminton Malaysia peroleh mata pertama menerusi beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong setelah mereka kalahkan beregu India Manu Attri/Sumeeth Reddy B

Kejohanan yang bermula dari 10 hingga 17 Mei ini akan menyaksikan 12 pasukan dari kumpulan elit beraksi untuk merebut Kejohanan Badminton berpasukan lelaki dan wanita



Piala Sudirman

Artikel Lain