Ia adalah kemenangan pertama Sunderland di tempat lawan sejak kejayaan menewaskan Newcastle United 1-0 pada 21 Disember tahun lalu dan meletakkan pasukan bimbingan Dick Advocaat pada kedudukan ke-14 ketika ini.
Everton yang dibimbing Roberto Martinez pula kekal di tangga ke-11 liga dengan mengumpul 44 mata selepas mengharungi 36 perlawanan.
Skuad The Black Cats mendahului pada minit ke-53 apabila rembatan Jordi Gomez tertampan pada kaki Graham yang mengelirukan Tim Howard sebelum menerjah jaring sebelum Defoe menambah gol kedua lima minit sebelum tamat permainan. - Agensi


