suria

Liga Juara-Juara Eropah: Barcelona Tewaskan Bayern Munich 3-0

Lionel Messi (kiri) menjaringkan gol kedua dalam perlawanan Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Bayern Muenchen di stadium Camp Nou, Barcelona. Foto AFP

AKSI cemerlang yang ditunjukkan oleh Lionel Messi membawa kepada kemenangan buat Barcelona selepas menundukkan Bayern Munich dengan 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Messi sahaja memberikan dua gol untuk Barcelona pada minit ke-77 dan ke-80.

Dua jaringan Messi kali sekali gus menghentikan kesukarannya untuk menembusi gawang yang dikawal penjaga gol Bayern Munich, Maneul Neuer.

Dalam tiga pertemuan terakhir pada Piala Dunia 2010, Liga Juara-Juara 2013/14 dan Piala Dunia 2014, cubaan Messi tidak pernah dapat melepasi gawang Neuer.

Bagaimanapun, permainan di stadium Camp Nou, Barcelona nyata mampu mengatasi cabaran itu.

Messi berjaya membolosi gawang Neuer sebanyak dua kali, yang pertama menerusi tendangan kaki kiri dari jarak jauh manakala jaringan kedua berhasil menerusi sepakan kaki kanan yang berjaya melemahkan pergerakan Neuer.

Neymar menambah jaringan ketiga buat Barcelona menjelang tamat permainan.


Lionel Messi, Barcelona

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain