suria

Piala AFF Wanita: Skuad Negara Alami Kekalahan Ketiga Di Vietnam

Aksi pemain Myanmar (merah) ketika bertemu skuad negara pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Skuad negara menampilkan persembahan yang mengecewakan pada Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2015 selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut pada kejohanan itu di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

Skuad kendalian Mohd Asyraaf Abdullah diaibkan 4-0 oleh Myanmar dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Thong Nhat di Vietnam, hari ini, demikian menurut laman web AFF: ;www.aseanfootball.org.

Untuk rekod, Malaysia tewas 3-0 kepada Filipina dalam aksi pembukaan pada Sabtu lepas sebelum dibelasah Vietnam 7-0 pada perlawanan kedua, dua hari kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan Myanmar mengiringi Vietnam ke saingan separuh akhir selepas kedua-dua pasukan menduduki dua tangga teratas dalam Kumpulan B.

Vietnam selaku juara dua kali, melebarkan rekod tanpa kalah pada kejohanan dengan menumpaskan Filipina 4-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B yang berlangsung sebelumnya di venue yang sama.

Myanmar akan bertemu juara Kumpulan A, Australia Bawah 20 Tahun sementara Vietnam akan menentang Thailand yang muncul naib juara Kumpulan A dalam aksi separuh akhir Jumaat ini.

Wanita AFF, Malaysia, Vietnam

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain