suria

Hoki: Malaysia Alami Dua Kekalahan Persabahatan Di Belanda

Beng Hai (tengah) ketika sesi latihan skuad negara sebelum ke Belanda.

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tumpas 0-1 kepada pasukan campuran Belanda pada aksi persahabatan di Belanda pada Isnin.

Pasukan campuran Belanda yang dibarisi pemain senior, bawah 21 tahun dan pemain pelapis, memperoleh jaringan tunggal menerusi penyerang Bjorn Kellerman pada minit ke-18, kata jurulatih hoki kebangsaan Tai Beng Hai melalui e-mel kepada Bernama pada Selasa.

Beliau berkata kesemua 20 pemain negara diberi peluang sama rata untuk beraksi pada aksi pemanas badan di Belanda, kecuali Mohd Shahrun Nabil Abdullah dan Meor Muhammad Azuan Hassan yang terpaksa diketepikan kerana sakit dan mengalami kecederaan.

Malaysia, sebelum ini tumpas 1-2 kepada pasukan yang sama pada Sabtu lepas.

Aksi latihan dan persahabatan anak buah Tai di Belanda itu adalah sebagaipersiapan menghadapi Pusingan Ketiga Liga Dunia Hoki di Antwerp, Belgium dari 20 Jun hingga 5 Julai.

Malaysia bakal berdepan saingan getir pada kejohanan tersebut yang dijadikan sebagai pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2016, selepas diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Belgium, Ireland, China dan Great Britain.

Hoki Malaysia, Tai Beng Hai

Artikel Lain