suria

Tewas 4-0, Penyokong Cuba Pukul Jurulatih Sunderland

GUS POYET bertekad untuk mempertahankan jawatanya sebagai pengendali Sunderland walaupun mengetahui penyokong semakin membencinya selepas skuad tersebut tewas 4-0 kepada Aston villa pada Sabtu.

Kebencian penyokong terhadap Poyet bukan sekadar mengkritik tetapi terdapat segelintir daripada mereka cuba memukul jurulatih berkenaan.

Penyokong yang kecewa itu cuba turun ke tempat duduk pasukan Sunderland untuk mendapatkan Poyet tetapi berjaya dihalang oleh petugas keselamatan.

Dalam kejadian itu tiga penyokong yang memaki hamun Poyet cuba memukulnya sebelum dihalang.

Berikutan aksi Sunderland yang semakin merudum, Poyet kini tersenarai antara jurulatih yang bakal dipecat pada akhir musim ini.

Poyet berkata," saya tidak apa-apa, saya faham dan terima kemarahan penyokong.

"Cuma saya terkejut apabila mereka agak agresif sehingga cuba turun ke padang."


Sunderland, Gus Poyet

Artikel Sebelum

Artikel Lain