Malaysia Gagal Ke Final Piala Axiata - Sukan | mStar

Malaysia Gagal Ke Final Piala Axiata

Chong Wei Feng.
KUALA LUMPUR: Juara bertahan Malaysia gagal melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 apabila kalah kepada Indonesia dengan agregat mata 6-4 selepas terikat 4-4 pada separuh akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini, Sabtu.

Indonesia layak ke final selepas penentuan agregat set yang dimenangi apabila masing-masing memenangi dua perlawanan.
 
"Sedih juga sebab kita kalah dari segi set (yang dimenangi). Pemain kita telah mempamerkan mutu perlawanan yang baik," kata jurulatih negara, Rashid Sidek.

Namun berdasarkan prestasi yang dipamerkan hari ini, Rashid berharap pemain-pemain akan terus bermain dengan cemerlang untuk memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga esok.
 
"Untuk esok, tidak kira dengan siapa yang akan kita berjumpa, kalau boleh saya mahu kita menang. Saya harap pemain akan kekal semangat untuk esok," katanya.
 
Malaysia meraih dua mata pertama melalui pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi yang terpaksa memerah keringat dalam 'rubber-set' selepas perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng kalah kepada Tommy Sugiarto dalam 'straight-set' 16-21 dan 19-21 dalam perlawanan pertama.

Jing Yi yang tunduk kepada Bellaetrix Manuputy 13-21 pada set pertama, bingkas bangkit mempertajamkan skil permainan untuk memenangi dua set berikutnya dengan 22-20 dan 21-19.

Rentak kemenangan beliau kemudiannya diikuti beregu lelaki negara, Tan Boon Heong dan Tan Wee Kiong, yang juga terpaksa bermain hingga set penentuan 21-10, 13-21 dan 21-18 ketika menentang Markis Kido dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Kemenangan Boon Heong-Wee Kiong itu berjaya menyamakan kedudukan pasukan negara dengan 4-4.

Indonesia meraih mata kemenangan selepas gandingan beregu campuran mereka Riky Widianto dan Richi Puspita Dili memenangi perlawanan itu 21-14 dan 22-10.

Indonesia akan bertemu sama ada Thailand atau pasukan Bintang Asia di perlawanan akhir esok.

Piala Axiata , Malaysia , Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain