Cabaran Perseorangan Malaysia Tersekat di Pusingan Kelayakan - Sukan | mStar

Cabaran Perseorangan Malaysia Tersekat di Pusingan Kelayakan

Aksi pemain negara Hao Sheng Koay ketika menentang pemain Britain James Ward pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada Ahad. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2014 berakhir setelah dua wakil negara gagal melepasi pusingan kelayakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.

Pada perlawanan kelayakan pusingan kedua hari ini, pemain muda negara Koay Hao Sheng, 16, yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, tewas mudah 6-0 dan 6-0 kepada pemain Britain, James Ward.

"Saya agak gementar kerana ini adalah kali pertama menyertai kejohanan Jelajah ATP. Saya cuba melakukan yang terbaik namun ia tidak berhasil memandangkan lawan saya itu hebat," katanya.

Seorang lagi wakil negara, Syed Mohd Agil Syed Naguib gagal mara ke pusingan ketiga esok selepas kalah kepada pemain Jepun Niki Takuto 6-3 dan 6-0.

Bagaimanapun, Syed Mohd Agil akan berganding dengan pemain Australia, Nick Kyrgios dalam acara beregu pada kejohanan bernilai RM3.31 juta, Selasa ini.

Gandingan itu akan membuka langkah dengan menentang beregu pilihan kedua Jamie Murray (Britain)/John Peers (Australia).

Dalam pada itu, lapan pemain akan berentap pada perlawanan kelayakan pusingan ketiga untuk memburu empat slot ke undian utama kejohanan.

Keputusan kelayakan pusingan kedua:

Bumpei Sato (JPN) mn Deivids Juksa 6-3, 6-2

Niki Takuto (JPN) mn Syed Mohd Agil Syed Naguib (MAS) 6-3, 6-0

Takeuchi Kento (JPN) mn Singekrawee Wattanakul (THA) 6-2, 6-3

Philipp Oswald (AUT) mn Oliver Marach (AUT) 3-0 (Retired)

James Ward (GBR) mn Koay Hao Sheng (MAS) 6-0, 6-0

N.Vijay Sundar Prashanth (IND) mn John Peers (AUS) 7-6(4), 4-6, 6-1

Philipp Petzschner (GER) mn Scott Lipsky (USA) 6-4, 6-4 

Jeevan Nedunchezhiyan (IND) mn Stefan Merunka (CRO) 6-0, 6-0.

Artikel Sebelum

Keputusan Futsal AFF Peringkat Kumpulan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain