suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Valencia Lonjak Semangat West Ham Ikat Hull

Valencia (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.
ENNER Valencia menjaringkan gol tunggal pada musim ini ketika West Ham bangkit menyamakan kedudukan 2-2 dengan Hull City dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium KC, awal pagi Selasa.

Penyerang Uruguay, Abel Hernandez meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-39 sebelum Valencia mengikat kedudukan menerusi rembatan kencang dari jarak jauh pada minit ke-50.

Bekas pemain tengah West Ham, Mo Diame meletakkan Hull di depan dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-64.

Namun, kegembiraan Hull hanya bertahan selama tiga minit apabila Curtis Davies menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus memberikan memberikan peluang ke West Ham untuk mengikat kedudukan.

West Ham hampir menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir tetapi tandukan Diafra Sakho terkena palang.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain