suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Pemain Malaysia Sertai Kejohanan Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: Lima pemain muda Malaysia adalah antara 120 pemain yang akan beraksi pada Kejohanan Golf Amatur Asia Pasifik di Kelab Golf Diraja Melbourne, Australia, dari 23 hingga 26 Oktober ini.

Penganjur kejohanan, Konfederasi Golf Asia Pasifik (APGC), dalam kenyataan pada Isnin berkata mereka ialah Mohd Afif Mohd Razif, Muhammad Wafiyuddin Abdul Manas, Chan Tuck Soon, Low Khai Jei dan Ervin Chang.

Antara pemain utama yang mengesahkan penyertaan ialah bekas juara 2012, Guan Tianlang dari China dan juara Kejohanan Amatur Amerika Syarikat, bulan lepas, Gunn Yang dari Korea Selatan.

Juara kejohanan di Melbourne itu akan mendapat jemputan ke Kejohanan Masters di Amerika Syarikat pada April tahun depan di samping diberi pengecualian beraksi pada Kejohanan Amatur yang dianjurkan oleh The Royal and Ancient Golf Club di Scotland.

Di samping itu, APGC berkata juara dan naib juara juga akan mendapat tempat pada siri kelayakan terbuka dengan peluang beraksi di Kejohanan Terbuka 2015 di St Andrews, Scotland.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain