suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Tidak Gentar Bertemu Bayern Munich

MANCHESTER City tidak gentar untuk berdepan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada perlawanan pembukaan kumpulan E, Liga Juara-juara Eropah pada Rabu.

Ketua pasukan itu, Vincent Kompany berkata, City tidak bimbang untuk menentang Munich kerana mereka pernah bertemu dalam kejuaraan sama sebelum ini.

Menurutnya, skuad tersebut juga kini lebih bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Liga Juara-juara Eropah kerana telah gagal dalam tahun sebelumnya.

"Kami yakin,  ini merupakan perlawanan pertama Liga Juara-juara Eropah, menentang sebuah pasukan yang kuat di kubu mereka.

"Tetapi kami perlu yakin seperti perlawanan terakhir di Muncih sebelum ini. Kami akan hadapi cabaran ini.

"Saya tidak fikir kami mempunyai sesuatu yang boleh dibuktikan di peringkat Eropah, tetapi kami mahu memenanginya kali ini," jelasnya.


Manchester City, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain