"Kontrak Mulisa sepatutnya berakhir pada 30 November ini setelah menyertai pasukan T-Team pada April lepas," katanya.
Abdul Rashid berkata Mulisa telah berjaya menjaringkan tiga gol dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini dan pada tahun depan pasukan itu akan turun ke Liga Perdana.T-Team menggunakan khidmat empat pemain import dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini iaitu Mulisa, Goran Subara, Leandro Dos Santos dan Patrich Wanggai.
Beliau berkata nasib ketiga-tiga pemain import yang lain akan ditentukan apabila kontrak masing-masing berakhir pada 30 November ini.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 12 pemain pasukan Piala Presiden Terengganu akan diserapkan dalam pasukan T-Team tahun depan selaras dengan kehendak kerajaan negeri.
Beliau berkata tahun depan juga, T-Team akan hanya menggunakan khidmat tiga pemain import berbanding empat musim ini.


