Di Maria Pamerkan Aksi Mengapa Manchester United Sanggup Belanjakan £60 Juta - Sukan | mStar

Di Maria Pamerkan Aksi Mengapa Manchester United Sanggup Belanjakan £60 Juta

Angel Di Maria

AKSI cemerlang Angel di Maria memberi bayangan bahawa sesuatu akan berlaku pada masa akan datang apabila dia membantu Argentina menewaskan Jerman yang juga juara Piala Dunia pada aksi persahabatan antarabangsa di Esprit-Arena in Dusseldorf, Jerman, awal pagi Khamis.

Pada perlawanan itu Di Maria menjaringkan satu gol dan mencorakkan tiga lagi gol untuk disempurnakan rakan pasukannya.

Pemain tengah yang menandatangani kontrak bersama Manchester United itu membantu mengatur gol yang disempurnakan, Sergio Aguero, Erik Lamela dan Federico Fernandez sebelum menjaringkan gol peribadinya.

Kemenangan itu sekali gus dianggap sebagai misi membalas dendam terhadap Jerman, 52 hari selepas menjuarai Piala Dunia di Brazil.

Lima daripada enam gol di Dusseldorf disempurnakan oleh pemain Liga Perdana Inggeris, dengan Andre Schurrle membuat jaringan untuk Jerman sebelum Götze melengkapkan gol kedua.

Namun, Di Maria diangkat sebagai bintang dalam perlawanan ini apabila berjaya meletakkan pasukannya didepan seawal minit ke-20 sebelum pasukan tuan rumah bangkit pada babak kedua.

Pemain bernilai £60 juta itu mempamerkan prestasi sebenarnya dengan memperdaya penjaga gol simpanan Roman Weidenfeller dengan rembatan bertenaga untuk mengaibkan juara dunia itu di tempat sendiri.

Fakta Perlawanan

Jerman:

Neuer (Weidenfeller 46), Durm, Howedes (Rudiger 77), Ginter, Grosskreutz, Kroos (Rudy 71), Kramer, Schurrle (Muller 57), Reus, Draxler (Podolski 33), Gomez (Gotze 57).

Pemain Simpanan Tidak Beraksi: Zieler, Hummels, Boateng

Gol: Schurrle 52,Gotze 78


Argentina:

Romero (Andujar 79), Rojo Federico Fernandez, Demichelis, Zabaleta (Campagnaro 77), Mascherano, Biglia, Perez (Augusto Fernandez 46), Di Maria (Alvarez 86), Lamela (Gago 68), Aguero (Gaitan 83). 

Pemain Simpanan Tidak Beraksi: Higuain,Lavezzi,Basanta.

Goals: Aguero 20, Lamela 40, Federico Fernandez 47, Di Maria 50.

Pengadil: Bjorn Kuipers (Belanda)


Schurrle dan Götze, perancang kepada kemenangan Jerman di Maracana, menjaringkan gol untuk menjadikan keputusan lebih dihormati.

Namun, kemenangan tetap berpihak kepada Argentina walaupun berdepan tekanan sehingga wisel penamat.

Di Maria yang terlepas untuk beraksi pada akhir Jun akibat kecederaan,  membuatkan peminat Argentina tertanya-tanya mengenai sebarang kemungkinan yang berlaku. 

"Ia tidak boleh jadi satu 'balas dendam'," kata jurulatih Jerman Joachim Low.

"Anda tidak boleh membawa kembali perlawanan di peringkat final." 

Dengan ketiadaan Lionel Messi akibat kecederaan di kaki kanan, Di Maria memainkan peranan penting bersama Aguero pada minit ke-21, Lamela (40) dan Federico Fernandez yang menyumbat gol dua minit selepas babak kedua bermula.

"Di Maria menunjukkan mengapa dia adalah salah seorang daripada lima pemain terbaik di dunia," kata jurulatih Argentina Gerardo Martino.

Di Maria, yang melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Real Madrid minggu lalu, mempamerkan kehebatan prestasinya pada minit ke-50 apabila menyumbangkan gol hasil hantaran ketua pasukan Javier Mascherano.

Angel di Maria , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain