FAM Terima Tiga Calon Jawatan Presiden - Sukan | mStar

FAM Terima Tiga Calon Jawatan Presiden

Hamidin Mohd Amin
Hamidin Mohd Amin.

PETALING JAYA: Persaingan tiga penjuru bagi menduduki kerusi panas jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka akan berlaku pada Mesyuarat Kongres Pemilihan Ke-50 pada 25 Mei ini.

Bagaimanapun senarai nama tiga pencalonan jawatan ini tidak didedahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. 

"Penyerahan nama calon-calon untuk Kongres Ke-50 ini telah ditutup. Tiga nama telah dicalonkan untuk jawatan presiden.

"Jawatan naib presiden sebanyak sepuluh pencalonan, timbalan presiden 17 orang.

"Jawatan Eksekutif  35 calon dan Jawatankuasa  Eksekutif Wanita seramai sebelas orang.

"Sekarang ini proses pihak sekretariat untuk memaklumkan kepada semua calon di Malaysia bersama  borang pencalonan sama ada mereka menerima atau menolak pencalonan itu.

"Nama-nama akhir  akan diumumkan mengikut Statut FAM iaitu sebulan sebelum kongres berlangsung sebelum 25 Mei," katanya ringkas kepada media.

Sekiranya tiga pencalonan itu kekal sehingga keputusan akhir diumumkan, jelas sekali  menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Tumpuan kepada dua nama besar disebut-sebut untuk mencabar kedudukan Presiden Sultan Ahmad Shah iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga Tengku Mahkota Pahang yang juga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad.

Walaupun belum ada pengesahan yang kukuh mengenai pencalonan ini, Tunku Ismail dan Tengku Abdullah menjadi pilihan untuk merebut jawatan utama FAM ini.

Sebagai rekod, Sultan Ahmad Shah  menyandang jawatan Presiden sejak tahun 1984.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain