suria

Persatuan Bola Sepak Sarawak Didenda RM10,000

Persatuan Bola Sepak Sarawak dikenakan denda gara-gara tindakan liar segelintir penyokongnya.
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM10,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan penyokong membakar dan membaling suar.

Kejadian tersebut berlaku ketika aksi Liga Super bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang pada 18 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, hujan yang dikemukan oleh Setiausaha Agung FAS, Abdullah Jailani tidak cukup untuk melepaskan mereka daripada hukuman tersebut.

"FAS dituduh dengan dua kesalahan iaitu membakar suar dan membaling suar ke trek. Setiap hukuman dikenakan sebanyak RM5,000.

"Walaupun Abdullah ada memberi hujah pertikaian kenapa mereka didenda sedangkan isu keselamatan terletak di pihak  ATM. 

"Pertikaian kedua Abdullah mengatakan sepatutnya FAS tidak dikenakan denda kerana penyokong yang datang itu sekadar rmemakai jersi Sarawak adalah tidak cukup untuk mendapati FAS bersalah.

"Tetapi kita membuat penelitian dan berpuas hati dengan segala bukti yang ada dan memberi denda kepada mereka. 

"Malah pada perjumpaan pra perlawanan kita telah memberitahu bahawa penyokong Sarawak masuk di pintu 8 dan 9, duduk di Zon C dan D.

"Pada malam tersebut, kejadian berlaku di pintu masuk 8 dan 9.  

"Setelah membuat penelitian dan berpuas hati dengan bukti yang ada, mereka didapati bersalah," jelasnya kepada media.

FAM, FAS, Denda, Suar

Artikel Lain