All England: Ramdan Mara Ke Pusingan Pertama - Sukan | mStar

All England: Ramdan Mara Ke Pusingan Pertama

Ramdan Misbun berjaya melayakkan diri ke pusingan pertama Al England pada awal pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Misbun Ramdan Misbun mara ke pusingan pertama Kejohanan All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England.

Pada perlawanan penentuan pusingan kelayakan yang berlangsung awal pagi Rabu waktu tempatan, Misbun Ramdan kalah pada set pertama 18-21 kepada Ville Lang dari Finland namun bangkit pada set kedua untuk menang 21-11.

Beliau seterusnya mendapat kemenangan mudah pada set ketiga apabila Ville menarik diri daripada perlawanan ketika kedudukan 16-3, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Terdahulu pemain berusia 23 ini cemerlang dengan melepasi pusingan pertama kelayakan untuk mengenepikan Dane Joachim Persson dari Denmark, 21-16, 18-21 dan 21-8.

Misbun Ramdan yang dilatih bapanya Datuk Misbun Sidek akan bertemu Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan pertama pada Rabu.

Bagaimanapun dua lagi wakil negara, Liew Daren dan Zulfadli Zulkiffli masing-masing terkandas pada pusingan pertama kelayakan.

Daren mudah diketepikan Nan Wei dari Hong Kong dengan straight set 8-21 dan 21-23 manakala Zulfadli kalah kepada Lee Dong Keun dari Korea Selatan dengan 12-21 dan 19-21.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain