suria

Van Persie, Yaya Toure, Suarez, Hazard, Bale & Ozil Bersaing Dengan Messi-Ronaldo Untuk Pemain Terbaik Dunia

Ronaldo (kanan) sentiasa menjadi pesaing utama Messi (kiri).
Ronaldo (kanan) sentiasa menjadi pesaing utama Messi (kiri).
Ronaldo (kanan) sentiasa menjadi pesaing utama Messi (kiri).

PEMAIN termahal dunia, Gareth Bale kini bersama-sama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk calon yang disenarai pendekkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Fifa atau Ballon d'Or.

Kesemuanya terdapat 23 nama yang telah disenarai pendekkan untuk gelaran berprestij dunia itu.

Pemenangnya akan diumumkan dalam satu majlis makan malam gala di Zurich, Switzerland, 13 Januari tahun depan.

Gareth Bale, 24, mencipta sejarah apabila perpindahannya dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid yang bernilai £86 juta September lalu memecah rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Ronaldo yang dibeli oleh kelab yang sama dari Manchester United pada harga £80 juta.

Bale, menjaringkan 26 gol untuk Spurs musim lalu.

Pemain Barcelona dan Argentina, Messi telah memenangi gelaran itu sejak empat tahun berturut-turut dengan Ronaldo menjadi pencabar utamanya setiap tahun.

Franck Ribery, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah oleh Uefa untuk musim 2012-13 selepas membantu Bayern Munich memenangi Piala Eropah, Bundesliga dan Piala Jerman turut disenaraikan.

Selain Ribery turut disenaraikan untuk anugerah tersebut ialah rakan-rakan sepasukannya seperti Philipp Lahm, Thomas Muller, Manuel Neuer, Arjen Robben dan Bastian Schweinsteiger sementara Barcelona selain Messi turut disertai oleh Xavi, Andres Iniesta dan Neymar.

Paris St Germain turut mempunyai wakil menerusi Zlatan Ibrahimovic, Edinson Cavani dan Thiago Silva manakala Monaco diwakili oleh Radamel Falcao.

Lima pemain dari England turut disenarai pendekkan. Mereka ialah Robin van Persie (United), Yaya Toure (City), Luis Suarez (Liverpool), Eden Hazard (Chelsea) dan Arsenal, Mesut Ozil.

Bekas Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson bersama-sama Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Vicente del Bosque disenarai pendekkan sebagai pengurus terbaik dunia.

Lain-lain pengurus ialah Rafael Benitez (Napoli), Antonio Conte (Juventus), Jupp Heynckes (bekas pengurus Bayern Munich), Jurgen Klopp (Borussia Dortmund), Luiz Felipe Scolari (Brazil) dan Arsene Wenger (Arsenal).

BERIKUT ADALAH SENARAI PENERIMA BALLON D'OR SEJAK ANUGERAH INI DIPERKENALKAN:

1956 – Stanley Matthews (ENG)

1957 – Alfredo Di Stefano (ARG)

1958 – Raymond Kopa (FRA)

1959 – Alfredo Di Stefano (ESP)

1960 – Luis Suarez (ESP)

1961 – Omar Sivori (ITA)

1962 – Josef Masopust (TCH)

1963 – Lev Yashin (URS)

1964 – Denis Law (SCO)

1965 – Eusebio (POR)

1966 – Bobby Charlton (ENG)

1967 – Florian Albert (HUN)

1968 – George Best (NIR)

1969 – Gianni Rivera (ITA)

1970 – Gerd Muller (FRG)

1971 – Johan Cruyff (NED)

1972 – Franz Beckenbauer (FRG)

1973 – Johan Cruyff (NED)

1974 – Johan Cruyff (NED)

1975 – Oleg Blokhin (URS)

1976 – Franz Beckenbauer (FRG)

1977 – Alan Simonsen (DEN)

1978 – Kevin Keegan (ENG)

1979 – Kevin Keegan (ENG)

1980 – Karl-Heinz Rummenigge (FRG)

1981 – Karl-Heinz Rummenigge (FRG)

1982 – Paolo Rossi (ITA)

1983 – Michel Platini (FRA)

1984 – Michel Platini (FRA)

1985 – Michel Platini (FRA)

1986 – Igor Belanov (URS)

1987 – Ruud Gullit (NED)

1988 – Marco Van Basten (NED)

1989 – Marco Van Basten (NED)

1990 – Lothar Matthaus (GER)

1991 – Jean-Pierre Papin (FRA)

1992 – Marco Van Basten (NED)

1993 – Roberto Baggio (ITA)

1994 – Hristo Stoichkov (BUL)

1995 – George Weah (LBR)

1996 – Matthias Sammer (GER)

1997 – Ronaldo (BRA)

1998 – Zinedine Zidane (FRA)

1999 – Rivaldo (BRA)

2000 – Luis Figo (POR)

2001 – Michael Owen (ENG)

2002 – Ronaldo (BRA)

2003 – Pavel Nedved (CZE)

2004 – Andrei Shevchenko (UKR)

2005 – Ronaldinho (BRA)

2006 – Fabio Cannavaro (ITA)

2007 – Kaka (BRA)

2008 – Cristiano Ronaldo (POR)

2009 – Lionel Messi (ARG)

2010 – Lionel Messi (ARG)

2011 – Lionel Messi (ARG)

2012 – Lionel Messi (ARG)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain