suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bellamy Bakal Akhiri Karier Antarabangsa

Aksi bertemu Macedonia dan Belgium minggu ini merupakan penampilan terakhir Bellamy bersama Wales.
Aksi bertemu Macedonia dan Belgium minggu ini merupakan penampilan terakhir Bellamy bersama Wales.
Aksi bertemu Macedonia dan Belgium minggu ini merupakan penampilan terakhir Bellamy bersama Wales.

PENYERANG Cardiff City, Craig Bellamy bakal mengakhiri karier antarabangsanya bersama Wales selepas beraksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Macedonia dan Belgium.

Pemain berusai 34 tahun ini tidak yakin dirinya akan berada dalam kempen kelayakan Euro 2016.

Biarpun turut diberi cadangan agar beraksi pada perlawanan persahabatan dengan Finland yang menggambarkan permainan terakhirnya memakai jersi merah, tetapi Bellamy tetap dengan keputusannya.

"Ini merupakan minggu terakhir saya bersama Wales dan tidak akan bermain pada November ini.

"Saya harap dapat bermain sebaiknya pada dua aksi ini. Saya bersyukur dengan setiap penglibatan saya dan berbangga dapat bermain untuk negara.

"Apabila kamu berpeluang menyarung jersi negara, ia adalah suatu perkara yang membanggakan, lebih-lebih lagi dapat mencatat rekod 70 kali penampilan.

"Ia sukar untuk dilepaskan. Kempen kelayakan seterusnya adalah dua tahun lagi. Sudah pasti saya tidak akan merasainya.

"Tetapi saya yakin pemain-pemain yang ada sekarang mampu melakukan yang terbaik. Saya sangat realistik," jelasnya.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Ceria Boleh Berlumba

Artikel Berikut

Artikel Lain